‘Saya bukan warga asing’ – Calon Bersatu DUN Labu

‘Saya bukan warga asing’ – Calon Bersatu DUN Labu

SEREMBAN – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai warga asing, sambil menyifatkan perkara itu sebagai fitnah tidak berasas.

Menurutnya, pendekatan menyebarkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman atau identiti bukan lagi sesuai dalam landskap politik semasa.

“Kempen-kempen memfitnah kata pasal bangsalah, pasal itulah. Zaman ini tidak boleh pakai dah. Ini tahun 2026.

“Politik lapuk ini buanglah. Politik politik juga, akhirat jangan lupa. Esok kau cari den (saya) di akhirat nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Ujarnya, tuduhan yang mendakwanya sebagai warga asing merupakan satu fitnah yang tidak berasas .

“Saya menggesa pihak tertentu yang toksik agar berhenti menyebarkan maklumat palsu,” katanya.

 

Scroll to Top