Oh! Artis
Khairul Aming ambil tindakan undang-undang dan hantar LOD susulan dakwaan kebocoran data peribadinya.
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming kini mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa data peribadinya telah dibocorkan. Beliau bukan sahaja membuat beberapa laporan kepada pihak berkuasa, malah turut menghantar surat tuntutan kepada sebuah syarikat telekomunikasi.
Perkembangan itu dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi Threads apabila beliau memaklumkan segala urusan berkaitan kes tersebut kini sedang diuruskan secara rasmi bersama pasukan peguamnya.
Empat laporan rasmi telah dibuat

Menerusi hantaran itu, Khairul Aming memaklumkan peguamnya telah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Maxis. Pada masa sama, laporan rasmi turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Beliau juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap individu yang dipercayai terlibat. Selain itu, laporan turut dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Isu bermula selepas maklumat bil telefon didedahkan

Sebelum ini, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.
Peguam-peguam saya akan mengambil alih kes ini sehingga selesai, sejujurnya saya rasa sedih dan seram kerana semudah itu sahaja privasi hidup boleh hilang.
Butiran telefon, sejarah pembayaran, rekod langganan sehingga nombor kad pengenalan yang boleh mengakses MySara, semuanya bocor.- Katanya.
Beliau turut meminta penjelasan daripada syarikat telekomunikasi berhubung dakwaan kebocoran maklumat tersebut yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial.
Maxis kenal pasti individu terlibat

Sebelum ini, Maxis memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden akses tanpa kebenaran terhadap butiran akaun seorang pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat itu turut memaklumkan tindakan segera sedang diambil terhadap individu berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khairul Aming berkata kes tersebut kini diserahkan sepenuhnya kepada pasukan peguamnya sehingga selesai.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




