Pasar Borong Selangor terbakar

Pasar Borong Selangor terbakar

hafidzul@hmetro.com.my

Seri Kembangan: Satu kejadian kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan Pasar Borong Selangor, di sini, malam ini.

Berdasarkan maklumat awal, api marak berserta kepulan asap tebal jelas kelihatan dari jarak jauh, termasuk dari kawasan kediaman tinggi dan lebuh raya berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar ketika dihubungi berkata, pasukan operasi kini berada dalam perjalanan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan.

“Maklumat lanjut berhubung kejadian akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top