ISTANBUL – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Jumaat menggesa penduduk di negara yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) supaya berada ‘sekurang-kurangnya 500 meter’ dari bangunan yang didakwanya digunakan sebagai ‘tempat penginapan rahsia oleh tentera AS’, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, IRGC mendakwa pegawai dan anggota tentera AS ‘telah meninggalkan pangkalan mereka dan berpindah ke bangunan di kawasan bandar untuk mengarahkan operasi ketenteraan.’
IRGC menggesa orang awam supaya berada ‘sekurang-kurangnya 500 meter’ dari lokasi berkenaan demi keselamatan mereka.
IRGC turut menuduh Washington menyasarkan infrastruktur awam termasuk jambatan, jeti nelayan, bot, kenderaan dan landasan kereta api di Iran. – Bernama/Anadolu



