Modi tubuh pasukan petugas rombak sistem peperiksaan India

Modi tubuh pasukan petugas rombak sistem peperiksaan India

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas diketuai usahawan teknologi, Nandan Nilekani bagi melakukan pembaharuan ke atas sistem peperiksaan di negara itu sebagai respons terhadap gelombang protes dilancarkan gerakan ‘lipas’ sejak beberapa minggu lalu.

“Sistem peperiksaan kita perlu dipercayai, telus dan menggunakan teknologi secara maksimum,” katanya menerusi catatan di Instagram pada Ahad.

Menurutnya, undang-undang baharu bagi menangani kebocoran kertas soalan akan dibentangkan di Parlimen.

“Langkah berkenaan akan mengetatkan undang-undang dan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pihak yang terlibat,” ujarnya.

Kerajaan turut bersetuju memenuhi tuntutan gerakan itu dengan menggugurkan kes polis terhadap peserta protes dan memberi pampasan kepada keluarga pelajar yang meninggal dunia susulan insiden kebocoran kertas soalan peperiksaan. – Agensi

 

 

Scroll to Top