Nama legenda bola sepak negara, Safee Sali kembali menjadi perhatian selepas satu luahan panjang yang dimuat naik di Instagram Story miliknya tular di media sosial.
Dalam perkongsian berjudul Real Story itu, Safee berkongsi mengenai perjalanan hidupnya selepas bersara, termasuk fasa sukar apabila dia mendakwa pernah kehilangan arah, berdepan masalah kewangan dan terpaksa membina semula kehidupan hampir dari kosong.
Safee Sali pernah hilang arah, dakwa semua aset hasil bola sepak dikebas bekas isteri
Menerusi hantaran tersebut, Safee berkata ramai yang melihat kehidupannya hari ini dan menganggap semuanya mudah kerana dia masih tersenyum, bekerja, membina semula kerjaya dan keluarga.
Namun katanya, orang ramai tidak tahu perjalanan yang dilalui untuk sampai ke tahap sekarang.

Dalam luahan sama, Safee turut menyebut isterinya kini, Intan, sebagai insan yang banyak membantunya ketika dia berada dalam keadaan paling lemah.
Kakak Safee Sali tampil bersuara
Selepas luahan itu tular dan menjadi bualan ramai, kakak kepada Safee tampil memberi respon menerusi Threads.
Dalam hantaran tersebut, Normalayati menafikan dakwaan yang tular dan menyifatkan perkara itu sebagai tuduhan serta fitnah.

Dakwanya, dia dan ahli keluarga bekas isteri Safee Sali menjadi saksi beberapa buah kereta serta motor termasuk wang tunai dibawa lari sejak pemain bola sepak itu berkahwin lain.

Wanita ini mendakwa lagi, bekas isterinya langsung tidak pernah ambil tahu mengenai harta dan semasa berkahwin dia hanya menggunakan kad debit berisi RM2,000 setiap bulan untuk kegunaan.

Terdahulu, Normalayati pernah bersuara mengenai isu rumah tangga Safee dan menafikan dakwaan bahawa Fitria Elfina menjadi punca perceraian Safee dengan isteri pertama.

Ketika itu, dia mengakui adiknya ada melakukan kesilapan dan tampil mempertahankan Fitria daripada tuduhan yang dilemparkan netizen.
Kini, respon terbaru Normalayati membuatkan kisah lama membabitkan Safee kembali menjadi perhatian di media sosial.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




