Misteri Haiwan Pecah Masuk Kedai Akhirnya Terbongkar, CCTV Rakam Semuanya! | Branded – Oh! Media

Misteri Haiwan Pecah Masuk Kedai Akhirnya Terbongkar, CCTV Rakam Semuanya! | Branded – Oh! Media

Baru-baru ni, ada satu video viral penampakan seekor beruang masuk ke sebuah kedai serbaneka yang kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Video kami sempat kongsikan di platform Ohmedia dan dapat banyak komen seperti:

“Min kau yakin ni beruang?” 

“Laaa.. Malaysia panas sangat ke sampai beruang cari air.”

“Pandai pula pilih air.” 

“Beruang kenal barang.” 

Tapikan, bila kami tengok video ni banyak kali. Macam ada sesuatu yang tak kena pula….

Jalan Satu Kedai, Tapi Cari Air Kelapa?

Kalau korang perasanla, dalam video tu, beruang tu nampak tenang sekali. Selamba je jalan dari rak ke rak.

Gaya macam pelanggan tetap dan tengah mencari barang.

Sampailah akhirnya beruang tu akhirnya berhenti di bahagian peti sejuk… dan terus memilih air kelapa.

Daripada semua minuman yang ada dalam kedai tu, air kelapa juga yang jadi pilihan!

Nak Minum Air Kelapa Yang Natural Je!

Sebelum korang panik, beruang dalam video yang korang tengok tu bukan beruang biasa, tapi Sani, ‘Coconut Expert’ Karta Coconut Water.

Jadi bila Sani pilih air kelapa, maksudnya beruang ni dah tau apa yang dimahukan!

Sani ni boleh dikatakan sebagai lambang penjaga kepada segala yang tulen dan semula jadi. Sebab itu dia hanya memilih produk yang dibuat menggunakan bahan asli, tanpa bahan tiruan dan tidak diproses secara berlebihan.

Patutlah sepanjang video tadi dia macam tak berminat langsung dengan produk lain. Rupanya dari awal lagi memang ada satu benda yang dia cari.

Kenapa Sani Pilih Karta Coconut Water?

1

Jawapannya mudah.

Karta Coconut Water dibuat menggunakan 100% air kelapa tulen yang diambil terus daripada sumbernya, bukannya daripada kepekatan seperti kebanyakan produk lain di pasaran.

Disebabkan itu, rasa semula jadinya masih kekal dengan kemanisan yang seimbang dan kandungan elektrolit semula jadi yang membantu menghidratkan badan.

Pendek kata, pengalaman menikmatinya lebih dekat dengan rasa air kelapa yang baru dibuka.

Lagi Mudah Untuk Dinikmati Setiap Hari

Jujur cakap, bukan setiap masa kita sempat nak cari buah kelapa. Nak tetak kelapa pun satu hal juga. Sebab itu Karta Coconut Water memang sesuai untuk gaya hidup sekarang. Tinggal buka saja kotak, terus boleh nikmati kesegaran air kelapa di mana-mana.

Sama ada lepas bersenam, tengah memandu atau sekadar nak hilangkan dahaga ketika waktu cuaca panas, semuanya jadi lebih mudah.

Tak hairanlah Sani sanggup masuk satu kedai semata-mata nak cari Karta Coconut Water.

Lepas Ni Mungkin Korang Akan Nampak Sani Pula

Bermula Julai hingga September nanti, Karta Coconut Water akan membawa Sani ‘berjalan-jalan’ di sekitar Lembah Klang menerusi e-hailing yang dibalut dengan rekaan khas.

Kalau korang bertuah dan menaiki kenderaan tersebut, ada peluang untuk dapatkan Karta Coconut Water 330ml secara percuma.

Mana tahu, rezeki korang hari tu dapat minum air kelapa sekali dalam perjalanan.

Jom Bawa Balik Sani!

Karta Coconut Water New Packaging A3 Tentcard 1 Design   100 Standard Package Product Change r1 01jpg 1

Kalau korang dah mula suka dengan karakter Sani ni, nin ada satu lagi kami nak kongsikan.

Bermula Ogos nanti, Karta akan memperkenalkan merchandise eksklusif Sani dalam bentuk collectible phone charm yang disembunyikan di dalam blind box.

Dengan setiap pembelian RM20 Karta Coconut Water, korang akan menerima satu Karta Blind Box, sementara stok masih ada.

Melihat sambutan yang diterima sejak video ni viral, kami rasa memang ramai yang akan mula kumpul koleksi Sani nanti.

Jadi Sani, Kita Pilih Yang Asli Saja!

Kalau korang pun dah terpengaruh dengan pilihan Sani, Karta Coconut Water kini boleh didapati dalam saiz 330ml dan 1L.

Korang boleh dapatkannya di kedai serbaneka, pasar raya berhampiran atau melalui Karta Supermall.

Maklumat lanjut mengenai produk Karta atau nak tau macam mana korang boleh dapatkan Sani, layari website, Facebook or Instagram mereka.

Jadi, kalau sebelum ni korang tertanya-tanya kenapa beruang tu sanggup masuk kedai semata-mata nak cari air kelapa, sekarang dah tahulah jawapannya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top