Pemuda Pas sindir program Temu Anwar

Pemuda Pas sindir program Temu Anwar

PETALING JAYA: Pemuda Pas mempersoalkan program Temu Anwar yang dianjurkan hari ini di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan di saat kempen pilihan raya negeri (PRN) sedang berlangsung.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut menyindirkan program itu dengan menyatakan ia diadakan tepat pada masanya.

“Program ini penting, terutamanya waktu PRN Negeri Sembilan. Waktu inilah jentera kerajaan perlu digunakan sebaik mungkin untuk manfaat politik parti dalam kerajaan.

“Pegawai kerajaan pun tidak ada masalah buat kerja-kerja parti politik ni. Patutnya angkut sekali semua pelajar sekolah dan mahasiswa universiti, kerahkan pergi ke program ni.

“Kalau tidak cukup tempat, boleh buat atas jalan raya. Itu kemahiran Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Adam Adli Abd. Halim) dulu-dulu,” katanya hari ini.

Menerusi surat yang disertakan dalam hantaran di media sosialnya, seramai 360 pelajar kolej komuniti dan politeknik sekitar Negeri Sembilan dibawa ke program yang berlangsung bermula pukul 1 hingga 6 petang ini.-UTUSAN

Scroll to Top