Nama usahawan Mila Jirin menjadi perhatian selepas seorang pekerja mendakwa syarikatnya tertunggak bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama 10 bulan.
Terbaru, bekas peserta Akademi Fantasia itu tampil memberikan penjelasan dari pihaknya. Menurut Mila, dia bukan meminta simpati tetapi supaya masyarakat mendapat gambaran lebih lengkap.
Syarikat pilih pertahankan pekerja ketika PKP
Memulakan cerita, Mila mengimbas kembali keadaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila industri majlis dan perkahwinan didakwanya terhenti sepenuhnya hampir tiga tahun.
Ketika ramai majikan terpaksa mengurangkan pekerja atau menutup operasi, dia memilih untuk mempertahankan pasukannya walaupun keputusan itu memberi kesan besar kepada kewangan syarikat.
Mila berkata dia sedar keputusan tersebut akan memberi kesan kepada kewangan syarikat untuk tempoh panjang, namun ketika itu dia percaya kehilangan wang lebih ringan berbanding melihat ratusan keluarga hilang sumber rezeki.
Guna simpanan dan buat pinjaman tambahan

Mila turut menjelaskan, syarikatnya menggunakan simpanan sedia ada, membuat pinjaman tambahan dan menanggung pelbagai komitmen bagi memastikan operasi boleh diteruskan serta pekerja terus menerima pendapatan.
Katanya, keputusan itu bukan mudah kerana setiap pilihan yang dibuat ketika itu mempunyai harga tersendiri.
Dalam masa sama, Mila tidak menafikan wujudnya tunggakan KWSP yang terbentuk ketika tempoh luar biasa tersebut.
Bagaimanapun, dia menegaskan perkara itu bukan sesuatu yang dibanggakan, sebaliknya satu amanah yang perlu diselesaikan.
Mila berkata sejak operasi kembali pulih, pasukan pengurusan dan kewangan syarikatnya telah menguruskan setiap komitmen mengikut perancangan yang dipersetujui.
Tegas KWSP hak pekerja

Dalam penjelasan sama, Mila turut menegaskan KWSP adalah hak pekerja dan dia tidak pernah mempertikaikan hak tersebut sejak dahulu hingga hari ini.
Mila juga menafikan dakwaan kononnya dia menghalang pekerja daripada membuat laporan atau menutup mulut mereka.
Tambah Mila, menjadi majikan adalah satu amanah dan apabila berlaku kesukaran, amanah itu tetap perlu dipikul sehingga selesai.
Menurut Mila lagi, dia tidak menyimpan marah terhadap mana-mana bekas pekerja yang meluahkan perasaan mereka, sebaliknya fokusnya adalah menyelesaikan amanah yang masih berbaki dengan sebaik mungkin.
Mila berkata dia tidak menyesal mempertahankan pekerjanya ketika itu, walaupun hari ini dia masih menanggung akibat daripada keputusan tersebut.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




