Operasi padam kebakaran 4 kilang di Kulim tamat dalam tiga hari

Operasi padam kebakaran 4 kilang di Kulim tamat dalam tiga hari

am@hmetro.com.my

Kulim: Operasi memadam kebakaran membabitkan empat buah kilang di Taman Makmur, Lunas ditamatkan sepenuhnya pada hari ketiga hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataannya berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 8.29 malam hari ini selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada lagi punca api yang dikesan.

“Semua anggota serta jentera yang terbabit sudah diarahkan untuk bertolak balik ke balai masing-masing.

“Operasi pemadaman dan kerja-kerja overhaul telah selesai sepenuhnya mengikut pembahagian sektor.

“Operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Amanjaya, BBP Kulim Hi Tech dan BBP Sungai Petani serta tiga pegawai dari Cawangan Siasatan Kebakaran, ” menurut kenyataan itu lagi.

Operasi turut disertai 18 Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Media sebelum ini melaporkan, tiga buah kilang di Jalan Makmur 7, Lunas di sini terbakar, awal pagi Selasa lalu dan api merebak dengan cepat menyebabkan empat premis terbakar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top