Kalau korang jenis yang masih simpan playlist indie zaman sekolah, atau ada lagu yang pernah jadi peneman waktu siapkan assignment last minute dan overthinking pukul 2 pagi, berita ni memang untuk korang.
SOUNDSTAGE bakal menggegarkan Unifi Arena pada 16 Ogos 2026 dengan barisan band yang bukan biasa-biasa.

Bayangkan, dalam satu malam sahaja, peminat muzik bakal disajikan dengan persembahan daripada NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic. Ya, lima band, satu pentas dan macam-macam emosi bakal bercampur nanti!
Apa yang lagi menarik, SOUNDSTAGE bukan sekadar konsert biasa. Ia menyatukan sebuah band dari Indonesia bersama empat band tempatan yang cukup dekat di hati peminat muzik alternatif, indie dan rock. Pendek kata, ini ibarat reunion besar-besaran buat mereka yang membesar dengan lagu-lagu yang pernah menjadi soundtrack hidup.
NIDJI pastinya antara nama yang paling dinanti. Siapa je yang tak pernah layan lagu mereka? Tambah pula dengan kehadiran Hujan yang sememangnya ada kelompok peminat setia sejak dulu lagi. Masuk pula Midnight Fusic dengan aura moden mereka, ditambah Dukes dan Empty Page yang semakin mendapat perhatian, memang susah nak duduk diam malam tu.
Paling best, setiap band hadir dengan identiti dan warna muzik tersendiri. Jadi, tak kisahlah korang datang sebab nak nyanyi sekuat hati, nak healing sambil layan lirik, atau sekadar nak enjoy vibe bersama member, SOUNDSTAGE memang ada sesuatu untuk semua orang.
Sejujurnya, gabungan lima nama besar ini dalam satu acara memang rare. Bukan selalu kita dapat tengok artis Malaysia dan Indonesia berkongsi pentas dalam satu malam dengan konsep sebegini. Jadi, kalau ada member yang masih fikir-fikir nak beli tiket, mungkin dah tiba masanya untuk spam group WhatsApp sekarang.

Untuk yang tertanya-tanya, tiket ditawarkan dalam empat kategori iaitu Rock Zone (RM139), Mosh Pit Standing (RM169), Indie Zone (RM179) dan HIP Zone (RM369). Pemegang tiket HIP Zone turut menikmati akses Fast Lane, jadi tak perlulah risau nak beratur panjang sebelum masuk ke arena.
Satu perkara yang pasti, 16 Ogos nanti Unifi Arena bakal jadi port berkumpulnya pencinta muzik dari pelbagai generasi. Ada yang datang untuk nostalgia, ada yang datang demi pengalaman pertama, dan ada juga yang akhirnya dapat tengok band kegemaran mereka secara langsung selepas sekian lama.
Jadi, soalan paling penting sekarang korang team NIDJI, Hujan, Midnight Fusic, Dukes atau Empty Page?
Apa pun jawapannya, SOUNDSTAGE nampaknya bakal menjadi antara konsert yang paling dinantikan tahun ini. Jangan sampai esok lusa timeline penuh dengan video konsert dan korang pula hanya mampu taip, “Alaaa, kenapa aku tak beli tiket hari tu?”




