Anwar Ibrahim Yakin PH Mampu Pertahan Mandat Pada PRN Negeri Sembilan | Oh! Negara – Oh! Media

Anwar Ibrahim Yakin PH Mampu Pertahan Mandat Pada PRN Negeri Sembilan | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Anwar yakin PH mampu pertahan mandat pada PRN Negeri Sembilan. Ikuti keputusan rasmi secara langsung di Oh! Media.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan mampu mempertahankan mandat pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan yang berlangsung esok.

Keyakinan itu disandarkan kepada prestasi pentadbiran kerajaan negeri, kekuatan jentera parti serta sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen. Namun, beliau menegaskan bahawa saingan daripada pihak lawan tetap tidak dipandang ringan.

Kerjasama jentera beri keyakinan

Kredit Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kerjasama semua pihak amat baik dan kita yakin PH akan diberi mandat, seterusnya mencapai kemenangan. Namun begitu, kita tidak mengambil mudah saingan daripada parti lawan.

Seluruh jentera terus bekerja sehingga saat akhir bagi memastikan sokongan rakyat diterjemahkan kepada undi. Insya-Allah, kita yakin dapat mencapai kemenangan.- Katanya.

Anwar turut menjelaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah memastikan proses pengundian berlangsung dengan lancar, aman dan terkawal melalui kerjasama semua pihak.

Kredit Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau bagaimanapun enggan mengulas jumlah kerusi yang dijangka mampu dimenangi PH pada pilihan raya kali ini.

Itu terserah sepenuhnya keputusan kepada pengundi. Itu kena tanya Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan).- Katanya.

Ikuti keputusan secara langsung di Oh! Media

Dalam masa sama, Suruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan keputusan awal PRN Negeri Sembilan akan mula diketahui seawal jam 10 malam, manakala keputusan penuh dijangka diumumkan sekitar jam 12 tengah malam.

Korang juga boleh mengikuti keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan secara langsung menerusi laman khas Oh! Media di https://ohmedia.my/prnn9/ bagi mendapatkan perkembangan terkini sepanjang malam pengiraan undi.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top