PRN Negeri Sembilan: 51.58 peratus keluar mengundi setakat 2 petang – SPR

PRN Negeri Sembilan: 51.58 peratus keluar mengundi setakat 2 petang – SPR

SEREMBAN – Sebanyak 51.58 peratus atau 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 2 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 57.6 peratus, diikuti DUN Senaling (57.2 peratus) dan DUN Kota (56.9 peratus).

DUN Lobak merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 44.6 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 48.82 peratus atau 409,198 daripada 838,200 pengundi. – Bernama

 

 

Scroll to Top