PRN Negeri Sembilan: 65.38 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang – SPR

PRN Negeri Sembilan: 65.38 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang – SPR

SEREMBAN – Sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat jam 4 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 72.1 peratus, diikuti DUN Seri Menanti dan DUN Labu, masing-masing sebanyak 70.9 peratus.

DUN Lobak, Bahau dan Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah, masing-masing sebanyak 59 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 61.89 peratus atau 518,737 daripada 838,200 pengundi. – Bernama

Scroll to Top