Washington gesa warga AS keluar dari Asia Barat

Washington gesa warga AS keluar dari Asia Barat

WASHINGTON: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di beberapa ibu negara di Asia Barat memberi amaran kepada rakyatnya supaya berwaspada terhadap kemungkinan berlaku peningkatan konflik secara tidak dijangka di rantau itu.

Ia menggesa mereka bersedia untuk meninggalkan kawasan berkenaan jika keadaan bertambah buruk.

“Rakyat Amerika di rantau ini disaran mempertimbangkan untuk berlepas, atau bersedia untuk berlepas sekiranya konflik semakin memuncak,” menurut amaran keselamatan yang disiarkan 

“Iran dan kumpulan menyokong Iran mungkin mendalangi serangan terhadap kepentingan AS di luar negara atau di lokasi yang mempunyai kaitan dengan Amerika dan warganya di seluruh dunia,” menurut jabatan itu.

Sebelum ini, Teheran menuduh AS menyemarakkan ketegangan dan memberi amaran bahawa mana-mana negara serantau yang bekerjasama dengan Washington akan ditenggelami ‘api peperangan.’

“Rakyat AS yang kini berada di Asia Barat perlu meningkatkan kewaspadaan serta bersedia menghadapi sebarang pembatalan penerbangan, penutupan ruang udara secara berkala dan potensi gangguan perjalanan,” menurut kenyataan amaran keselamatan itu pada Sabtu.

“Rakyat AS di rantau ini perlu mempertimbangkan untuk keluar atau bersedia melepaskan diri sekiranya berlaku konflik berpanjangan.  Warga AS di luar Asia Barat diseru supaya mempertimbangkan semula rancangan perjalanan ke atau merentasi rantau berkenaan,” tambah amaran tersebut

Kedutaan AS di seluruh Asia Barat termasuk di Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut memuat naik semula amaran keselamatan itu bagi memberi peringatan kepada warganya mengenai risiko peningkatan ketegangan secara mendadak. – AGENSI

Scroll to Top