Trending
Alif Teega tak mahu lagi diam apabila pelbagai fitnah dibuat netizen terhadap Aisyah Hijanah.
Pempengaruh media sosial, Alif Teega tampil bersuara selepas isterinya, Aisyah Hijanah, dikaitkan dengan satu dakwaan berat oleh netizen.
Alif mempersoalkan dakwaan tersebut dan bertanya bagaimana jika apa yang ditulis itu sebenarnya fitnah.
“Lama sangat ni aku mendiam” – Alif
Tambahnya lagi, dia sudah lama berdiam diri apabila pelbagai tuduhan dikaitkan dengan isterinya termasuk dakwaan bapa Aisyah Hijanah seorang pengganas.

Dalam kapsyen sama, Alif berkata dia kini sudah berada di fasa tidak kisah jika ada pihak membencinya.
Menurut Alif, dia tidak mempunyai masalah jika orang tidak menyukainya. Namun, keadaan menjadi berbeza apabila dakwaan yang dibuat sudah dianggap melampau.
Akan cari siapa ‘palatao’ sampai lubang cacing
Dia berkata, apabila sesuatu perkara sudah keterlaluan, dia perlu bersuara dan tidak mahu lagi terus berdiam diri.

Aliff juga mengakui mungkin ada pihak yang akan menganggap dirinya ‘koyak’ selepas dia bersuara mengenai isu ini.
Tapi dia tidak mahu lagi mendiamkan diri, lebih-lebih lagi apabila merasakan dirinya masih mampu mengambil tindakan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




