Pejalan kaki maut tersepit di bawah lori

Pejalan kaki maut tersepit di bawah lori

am@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Pejalan kaki maut selepas tersepit di bawah lori 10 tan dalam kemalangan di jejambat Jalan Bukit Tengah, di sini, hari ini.

Sim Chin Chuan, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.40 pagi.

“Terdapat dua mangsa dalam kemalangan ini iaitu pejalan kaki yang tersepit dan pemandu lori berusia lingkungan 30-an.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Lelaki itu disahkan meninggalkan dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori tidak cedera.

Operasi tamat pada 10.18 pagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top