Oh! Artis
Zahnita Wilson kini tunangan orang, lelaki itu merupakan seorang duda dan bukan orang industri.
Model Zahnita Wilson nampaknya kini sedang melalui fasa hidup yang lebih tenang dan bahagia selepas berdepan pelbagai episod sebelum ini.
Menerusi satu video temu bual yang dikongsi HibGlam, Zahnita mengaku dia kini sedang mengenali hati budi seseorang yang cukup istimewa dalam hidupnya.
Zahnita Wilson kini dalam fasa bahagia
Menurut Zahnita, dia sudah mengenali lelaki berkenaan selama beberapa bulan. Bagaimanapun, dia tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai individu tersebut kerana lelaki itu seorang yang sangat private.
Zahnita berkata, dia akan berkongsi mengenai perkara itu apabila tiba masa yang sesuai. Buat masa ini, dia lebih selesa menikmati kehidupan dengan lebih tenang, relaks dan fokus kepada diri sendiri.
Kini, Zahnita juga dilihat kembali hadir ke acara seperti Kuala Lumpur Fashion Week dan menjalani kehidupan dengan lebih positif.
Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah ‘F’.
Dalam masa sama, Zahnita turut memaklumkan bahawa anak-anaknya kini tidak berada di bawah jagaannya. Keadaan itu membuatkan dia mampu memberi lebih perhatian kepada diri sendiri.

Ketika ditanya mengapa dia membuat keputusan menyerahkan anak-anak kepada bekas suami, Zahnita menjawab:
Saya percaya kepada bekas suami dia, dia boleh menjaga anak-anak saya dengan baik. Saya percaya Tuhan akan menjaga anak-anak saya.
Walaupun begitu, Zahnita tidak menafikan dia tetap berasa rindu apabila terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Malah, dia sudah beberapa minggu tidak bertemu mereka.
Sebulan sekali i jumpa sebab dorang duduk jauh di Kuantan. I akan ke Kuantan.
Buat masa ini, Zahnita memilih untuk fokus kepada dirinya selain menjalankan bisnes secara kecil-kecilan dari rumah.
Kadang-kadang, hidup memerlukan seseorang untuk memilih jalan yang paling tenang demi kebaikan diri dan keluarga. Semoga Zahnita terus kuat, bahagia dengan fasa baharu kehidupannya dan dipermudahkan urusan bersama anak-anak.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




