JENAMA perkakas tempatan, PerySmith melancarkan rangkaian produk baharu yang menampilkan inovasi daripada aspek kebersihan rumah, kualiti udara sehingga peralatan dapur.
Menerusi pameran eksklusif “Engineered by Air”, PerySmith memperkenalkan beberapa produk terbaharu termasuk PerySmith AirStick Pro, vakum tiub ultra-padat berjenama tempatan pertama Malaysia yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden yang mengutamakan prestasi serta kemudahan penggunaan.
Dengan berat hanya 900 gram, AirStick Pro menawarkan pengalaman pembersihan berprestasi tinggi menerusi reka bentuk berbentuk pensel yang ergonomik dan ultra-padat.
Ia dilengkapi Nano Brushless Motor yang mampu menghasilkan kuasa sedutan hingga 100AW, sekali gus menggabungkan reka bentuk ringan dengan prestasi pembersihan yang lebih berkuasa.
Reka bentuknya yang langsing membolehkan unit berkenaan diletakkan rata di atas lantai bagi memudahkan pengguna mencapai ruang sempit di bawah perabot.
Selain itu, berus lantai anti-kusut memastikan vakum kekal bebas daripada kekusutan ketika proses pembersihan, manakala aksesori mop membolehkan pengguna melakukan kerja menyedut dan mengemop secara serentak untuk pembersihan lebih cekap.
Dari aspek penyelenggaraan, AirStick Pro turut dilengkapi bekas habuk yang direka khas dan boleh dikosongkan hanya dengan satu klik.
Selain AirStick Pro, PerySmith turut memperkenalkan PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum yang menawarkan penyelesaian penjagaan lantai secara automatik.
Robot vakum berkenaan menggunakan Sistem Pembersihan Pintar 3-dalam-1 yang menggabungkan fungsi menyapu, menyedut dan mengemop dalam satu laluan.

PerySmith AirStick Cordless Vacuum.
Dikuasakan oleh Ultra Core Intelligent Chipset dengan kuasa sedutan sebanyak 10,000Pa, EvoBot A11 menggunakan teknologi AI TrueSight dan Gyro Quick Mapping bagi memastikan navigasi lebih cekap ketika membersihkan ruang kediaman.
Ia turut dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 160 minit, sistem pengecasan pintar auto-docking serta integrasi aplikasi yang membolehkan pengguna mengurus penyelenggaraan rumah hanya menerusi aplikasi PerySmith App.
Dalam segmen dapur pintar pula, PerySmith memperkenalkan PerySmith Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1 yang menggabungkan fungsi membakar, Air-Fry (goreng tanpa minyak) dan stim dalam satu peranti.
Peralatan itu menggunakan teknologi pemanasan AI 3D Airflow bagi memastikan pengagihan haba lebih sekata, selain dilengkapi 50 menu berprogram AI yang boleh diakses melalui panel LED interaktif.
Fungsi Pembersihan Auto menggunakan wap suhu tinggi bagi memudahkan proses penyelenggaraan, manakala pintu kaca tiga lapisan Low-E membantu memastikan penggunaan tenaga lebih cekap.
Bagi penyelesaian penjagaan pakaian, PerySmith SteamPro G7 All-in-One pula menawarkan gabungan seterika dan papan seterika dalam satu sistem yang direka untuk kemudahan akses, penggunaan serta penyimpanan.
Peranti itu dilengkapi teknologi PerySmith iPro Sense Anti-Burn yang menjamin 100 peratus tiada kebakaran pada semua fabrik yang boleh digosok.
Menggunakan wap tekanan ultra-kuat 8-bar, teknologi tersebut membolehkan wap menembusi jauh ke dalam fabrik bagi melicinkan kedutan pada kedua-dua belah pakaian dalam satu gerakan, selain membantu menghapuskan 99.9 peratus kuman.
Tapak seterika berteknologi Quatum Diamond yang kalis calar pula membolehkan seterika meluncur dengan lebih mudah di atas fabrik.

PerySmith Ai13 Smart WiFi Air Purifier.
Sementara itu, PerySmith Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier direka untuk memberikan kawalan menyeluruh terhadap kualiti udara dalaman menerusi aplikasi PerySmith.
Pengguna boleh memantau dan mengurus kualiti udara ruang kediaman secara masa nyata dari mana-mana lokasi.
Penapis udara berkenaan mampu melindungi ruang sehingga 1,600 kaki persegi dan dilengkapi tiga penapis kelas perubatan H13 yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna iaitu MedGuard untuk habuk halus dan pencemaran, SmokeFree bagi bau serta asap degil dan TrueCare untuk menyasarkan virus serta bakteria.
Dengan teknologi Quantum Shield, penapis udara itu mampu menghapuskan partikel sekecil 0.25μm bagi memastikan udara dalaman rumah lebih bersih dan selamat.
Menurut PerySmith, pembangunan ekosistem rumah pintar syarikat itu berteraskan aplikasi PerySmith yang menghubungkan pelbagai peralatan pintar dalam satu platform.
Inovasi seperti EvoBot A11 dan Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier kini melengkapi rangkaian peralatan pintar yang disokong aplikasi berkenaan.
Melalui aplikasi sama, pengguna boleh menetapkan jadual pembersihan automatik untuk EvoBot A11, selain mengoptimumkan penggunaan Ai13 bagi mewujudkan persekitaran tidur yang lebih selesa.
Selain itu, pengguna turut boleh menggunakan plag pintar ZOE+ bagi mengawal bekalan kuasa peralatan elektrik sedia ada.



