Susulan kes bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang dijatuhi hukuman penjara 30 tahun, peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar tampil memberi penjelasan mengenai beberapa salah faham yang timbul dalam kalangan orang ramai.
BACA: Mahkamah Rayuan Ketepikan Keputusan Mahkamah Tinggi, Ismahalil Dipenjara 30 Tahun Kes Dadah
Menerusi perkongsian yang dibuat, Ahmad Zaharil menjelaskan ada pihak yang membandingkan kes Ismahalil dengan satu kes melibatkan anak usahawan, termasuk mempersoalkan mengapa tiada pendakwaan dibuat dalam kes tersebut.
Jangan salahkan mahkamah jika tiada pendakwaan
Menurut Ahmad Zaharil, orang ramai tidak sepatutnya terus menuding jari kepada mahkamah apabila sesuatu kes tidak dibawa untuk pendakwaan.
Jelasnya, pendakwaan sesuatu kes perlu dimulakan oleh pihak Peguam Negara, bukannya mahkamah.
Dalam penjelasan itu, beliau menegaskan bahawa persoalan berkaitan tindakan pendakwaan sepatutnya dirujuk kepada pihak yang mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan.
Akui kecewa dengan keputusan kes Ismahalil
Bercakap mengenai kes Ismahalil pula, Ahmad Zaharil mengakui dirinya kecewa dan sedih dengan keputusan yang dibuat.

Ini kerana beliau sebelum ini merupakan peguam bela yang mengendalikan kes Ismahalil di peringkat Mahkamah Tinggi.
Yang keduanya berkaitan dengan Saudara Ismail. Saya merasa amat kecewa, saya sedih, saya gusar, my moral is down, because saya adalah peguam yang menjalankan tugas sebagai peguam bela di peringkat Mahkamah Tinggi kepada Saudara Ismail. Saya rasa amat kecewa. Tetapi saya akur dengan hukuman dan dengan dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.
Walaupun kecewa, Ahmad Zaharil berkata beliau tetap akur dengan keputusan dan dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.
Dalam perkongsian sama, Ahmad Zaharil turut menjawab persoalan ramai mengenai hukuman penjara 30 tahun yang dikenakan terhadap Ismahalil.
Menurutnya, bagi kes di bawah Seksyen 39B, pilihan hukuman yang ada adalah hukuman mati atau penjara 30 tahun sekiranya sabit kesalahan.
Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Ismahalil selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.
Percaya keluarga akan teruskan rayuan

Dalam pada itu, Ahmad Zaharil percaya pihak keluarga Ismahalil berkemungkinan akan meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Beliau turut menyebut masih ada ruang yang boleh digunakan oleh pihak peguam bagi mencuba yang terbaik untuk Ismahalil.
Bagaimanapun, Ahmad Zaharil memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang arahan rasmi daripada keluarga Ismahalil untuk mewakili kes tersebut di peringkat seterusnya.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




