Pelakon dan usahawan Syida Melvin mendedahkan dia dan suaminya, Syafiq Azim sudah lima bulan tidak sebumbung sejak Mac lalu.
Memetik Oh Bulan, Syida berkata dia bersama anak-anak kini menetap di kampung dan suaminya tinggal berseorangan di rumah kelamin mereka.
BACA: Syida Melvin Dalam Keadaan Tak Suci, Prosiding Lafaz Cerai Ditangguh
“Hubungan dengan Syafiq, kami sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak raya hari itu, dan sudah lima bulan tidak duduk bersama. Saya dan anak-anak duduk di kampung dan dia duduk di rumah kelamin, rumah itu atas nama saya. Dia tinggal berseorangan di sana,” katanya.
Sementara itu, Syida berkata dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah demi kesejahteraan emosinya tambahan pula ada beberapa isu yang masih belum selesai.
“Rumah itu rumah kelamin kami, dan bila saya failkan perceraian, adalah beberapa isu yang saya rasa kalau saya tinggal lagi bersama satu bumbung, saya akan mengalami tekanan emosi yang melampau.
“Sebab itu saya ambil langkah untuk keluar dari rumah tersebut. Tapi apabila dah lama sangat dan sekarang sudah memasuki bulan Ogos, dia masih lagi tak ada rasa nak beralah, nak bagi ruang untuk anak-anak duduk di situ dengan saya, tiada.
“Jadi sebab itulah saya terpaksa keluar daripada rumah dan adalah beberapa isu terjadi yang masih belum selesai sampai sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Syida berkata keputusan tersebut turut memberi kesan pada hal melibatkan anak-anak terutama persekolahan mereka.
“Tengoklah macam mana selepas ini, sepatutnya saya dan anak-anak duduk di situ sebab mereka bersekolah. Bila jadi begini, saya terpaksa pulang ke kampung sebab tak ada tempat tinggal dan anak-anak pun terpaksa pindah sekolah.
“Saya apply sekolah di Penang, tapi tak ada sekolah yang nak terima sebab dah nak hujung tahun. Jadi kesianlah dekat anak-anak sebab terpaksa, tiba-tiba tak dapat nak pergi sekolah,” katanya.
Minggu lalu, prosiding lafaz cerai Syida terpaksa ditangguhkan kerana pelakon dan usahawan itu berada dalam keadaan tidak suci (haid).
Sumber: Oh Bulan
