Oh! Artis
Tangkap layar mesej peribadi pelakon terkenal tersebar selepas beberapa dakwaan mula diperkatakan.
Nama seorang pelakon dan penyanyi terkenal kembali menjadi bualan apabila beberapa tangkap layar mesej peribadi yang didakwa mempunyai kaitan dengannya mula tersebar di media sosial.
Perkongsian tersebut menarik perhatian kerana kandungan mesej berkenaan seolah-olah membayangkan berlaku satu lagi isu melibatkan kehidupan peribadi aktor tersebut.
Pelakon dan penyanyi terkenal didakwa “buat hal lagi”

Dalam salah satu tangkap layar, seorang individu dilihat bertanyakan kepada penerima mesej sama ada mengetahui lokasi tempat tinggal pelakon berkenaan.
Individu itu kemudiannya mendakwa lelaki tersebut telah melakukan sesuatu sekali lagi, selain meminta penerima mesej merahsiakan perbualan mereka daripada pengetahuan aktor berkenaan.
Dia buat hal lagi. Tolong you, be silent dekat dia tentang ni. I nak ajar dia habis-habisan.- Katanya.
Lebih teruk daripada sebelum ini

Perbualan tersebut tidak terhenti di situ apabila individu sama turut mendakwa apa yang berlaku kali ini lebih buruk berbanding kejadian sebelum ini.
What can I say, benda yang dia buat now lebih worst dari sebelum ni yang dia buat.- Katanya.
Dalam mesej lain, individu terbabit turut dilihat meminta alamat sebelum memaklumkan bahawa perkembangan lanjut akan diberikan selepas itu.

Selain tangkap layar mesej tersebut, kapsyen yang dimuat naik bersama hantaran itu turut mengandungi beberapa dakwaan berkaitan kehidupan peribadi pelakon dan penyanyi berkenaan selepas perceraiannya.
Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian yang tersebar itu, dakwaan berkenaan hanya muncul menerusi hantaran dan tangkap layar tersebut.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

