Berita mengenai Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini nampaknya sekali lagi hanya tinggal khabar angin.
Malah, dakwaan yang mengatakan pasangan itu sudah memilih 8 Ogos sebagai tarikh perkahwinan di Madeira turut dinafikan sendiri oleh dua adik Ronaldo, Katia dan Elma Aveiro.
Adik Ronaldo sendiri tampil nafikan perkahwinan abang

Spekulasi mengenai perkahwinan Ronaldo semakin hangat selepas beberapa media melaporkan penyerang Al Nassr itu bakal menikahi Georgina di kampung halamannya di Madeira.
Pengacara televisyen Portugal, Adriano Silva kemudian menghubungi Katia dan Elma bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.
Kedua-duanya dilaporkan menafikan bahawa abang mereka akan berkahwin tahun ini, termasuk dakwaan majlis bakal berlangsung pada bulan Ogos.
Gereja pun tiada tempahan

Sebelum itu, The Sun mendakwa sebuah gereja di Funchal sudah ditempah untuk majlis perkahwinan Ronaldo dan Georgina, manakala Savoy Palace pula dikatakan menjadi lokasi resepsi eksklusif pasangan berkenaan.
Namun, HOLA yang menghubungi gereja terbabit mendapati tiada rekod tempahan perkahwinan dibuat atas nama Ronaldo mahupun Rodriguez.
Malah, pada 8 Ogos, ribuan peminat dan wartawan dilaporkan berkumpul di luar katedral Funchal kerana menyangka pasangan terkenal itu bakal muncul.
Apa yang berlaku sebaliknya apabila pasangan lain sebenarnya melangsungkan perkahwinan di lokasi berkenaan pada hari tersebut.
Belum ada tarikh baharu

Ini bukan kali pertama tarikh perkahwinan Ronaldo dan Georgina menjadi bahan spekulasi. Sebelum ini, mereka turut dikatakan mahu berkahwin secara rahsia pada 1 Ogos di sebuah istana purba berhampiran Lisbon, namun dakwaan itu juga tidak benar.
Sebelum Piala Dunia 2026, Ronaldo pernah memberitahu bahawa dia merancang untuk mengadakan perkahwinan selepas kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, selepas Portugal tersingkir kepada Sepanyol, timbul pula spekulasi bahawa pemain berusia 41 tahun itu menangguhkan rancangan tersebut.
Ronaldo sebelum ini mengesahkan bahawa dia sudah melamar Georgina pada Ogos tahun lalu, namun setakat ini masih belum ada pengesahan mengenai tarikh sebenar pasangan tersebut bakal mendirikan rumah tangga.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
