Penyanyi nasyid Nazrey Johani memaklumkan isterinya Habibah Johnny disahkan menghidap kanser hati dan mata.
Memetik mStar Online, Nazey berkata isterinya sudah lama mengalami masalah kesihatan dan kansert masih di tahap awal.
BACA: Hati Tak Pernah Tenang, Nazrey Dedah Punca Keluar Raihan
“Sebenarnya dia dah sakit lama. Dia selalu muntah darah. Saya bawa ke klinik mereka suruh saya terus buat pemeriksaan di hospital.
“Selepas lakukan pemeriksaan doktor sahkan isteri saya hidap kanser hati dan mata. Buat masa ini keadaan isteri saya baik-baik saja. Mungkin dia masih di tahap awal kanser,” katanya.
Sementara itu, Nazrey berkata isterinya perlu menjalani rawatan susulan namun dia pertimbangkan untuk dapatkan rawatan di Guangzhou, China namun memerlukan kos RM30,000 untuk ke negara berkenaan.
“Ada rawatan susulan tapi saya tengh fikir kalau ada duit nak pergi Guangzhou. Isteri rakan saya, Syamsul pernah jalani rawatan kanser di China.
“Daripada tak boleh berjalan pakai kerusi roda sekarang dah boleh bergerak sendiri.
“Sekarang dah kali ketiga mereka ke China buat rawatan. Saya sendiri kalau ada kemampuan pun nak pergi tapi kos sekali pergi dalam RM30,000 juga,” katanya.
Dalam pada itu, Nazrey turut tertarik dengan pendekatan hospital di sana yang tawarkan alternatif bagi membantu pesakit yang ada kekangan kewangan.
“Apa yang menariknya pihak hospital di sana suruh buat konsert untuk kutipan dana bagi pesakit kanser. InsyaAllah kami akan atur perancangan idea ini untuk adakan konsert amal,” katanya.
Sumber: mStar Online
