Nak selamat, jadilah ‘penjilat’ – Rita Rudaini

Nak selamat, jadilah ‘penjilat’ – Rita Rudaini

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rita Rudaini, 50, mendedahkan realiti aktiviti buli di sekolah asrama yang dakwanya, pelajar yang melawan akan menanggung bahana lebih teruk jika bertindak dan melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.

Ujarnya, manakala pelajar yang menurut perintah pembuli dan mengunci mulut akan terselamat dan dibiarkan bebas.

“Yang tinggal asrama sahaja tahu, nak selamat, jadilah ‘penjilat’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila besar, jadi ‘penjilat’ di jabatan pula, kerana dah dipraktikkan sejak sekolah.

“Yang jujur, berckp benar ini akan di ‘palau’ dan kena lebih teruk,” katanya di Thread.

Reaksi Rita itu merupakan komen balas terhadap perkongsian seorang individu yang mendakwa dia menanggung kesan lebih teruk selepas melaporkan kes buli yang dihadapinya kepada pihak sekolah.

Pelakon yang berasal dari Kangar, Perlis itu dalam masa yang sama berkata ibu bapa dilabel mulut jahat apabila bersuara mengenai kes buli yang berlaku di sekolah asrama.

“bila kita bongkar, mulalah kita di label ‘mulut jahat’.

“Adab dan akhlak orang tua dalam itu lagi kasar (tak semua), budak-budak mana nak dijadikan contoh.

“Yang sudah lama pendam akan ‘rebel’. Tapi  tu lah, benda ‘pahit’ ni klau kita bersuara, nanti kita kena lah. Itu lah ‘realiti’ dalam itu,” ujarnya. – UTUSAN

Scroll to Top