Mat Sabu kecewa pembangkang keluar Dewan Rakyat! Tegur jangan hanya jaguh di luar, masuk berbahas

Mat Sabu kecewa pembangkang keluar Dewan Rakyat! Tegur jangan hanya jaguh di luar, masuk berbahas

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang keluar beramai-ramai ketika Sidang Khas Dewan Rakyat membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, hari ini.

Beliau berkata, tindakan berkenaan tidak wajar sekiranya pembangkang benar-benar mahu mempertahankan agama dan kepentingan umat Islam.

Menurutnya, ruang perbahasan dalam Dewan sepatutnya digunakan untuk meneliti laporan berkenaan, mengemukakan soalan, mencabar fakta serta membahaskan perkara yang dianggap tidak tepat.

“Kalau betul mahu mempertahankan agama dan kepentingan umat Islam, inilah masanya untuk duduk dalam Dewan, baca laporan, tanya soalan, cabar fakta dan bahaskan satu persatu,” katanya.

Mat Sabu kecewa pembangkang keluar Dewan Rakyat! Tegur jangan hanya jaguh di luar, masuk berbahas

Mohamad berkata, isu Tabung Haji bukan sekadar berkaitan kepentingan politik, sebaliknya membabitkan amanah dan wang umat Islam.

Artikel lain: RCI TH: “Kalau kerajaan salah, hentam dengan fakta”- Tengku Zafrul persoal tindakan pembangkang

Katanya, sebarang ketidaksetujuan terhadap laporan RCI wajar disuarakan melalui perbahasan di Dewan Rakyat, bukannya dengan mengelak daripada sesi berkenaan.

“Kalau ada yang tak setuju dengan laporan RCI, bahaskan. Kalau ada fakta yang mahu dicabar, cabar. Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, bangkitkan dalam Dewan,” katanya lagi.

Beliau turut mengkritik tindakan pihak yang lantang bersuara di luar Dewan tetapi tidak menggunakan ruang perbahasan apabila peluang diberikan.

“Jangan hanya jaguh di luar Dewan. Masuklah ke Dewan dan berbahas!” katanya.

Sebelum ini, pihak pembangkang antaranya meminta penerangan laporan RCI ditangguhkan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali sihat.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dilaporkan berkata, Anwar memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sidang khas Parlimen hari ini bagi membahaskan laporan RCI berhubung Tabung Haji.

Pada sidang hari ini,Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin turut menggesa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat itu dipanjangkan sekurang-kurangnya kepada dua hari kerana laporan berkenaan melibatkan kepentingan jutaan pendeposit TH.

Beliau berkata tempoh sehari tidak mencukupi untuk Ahli Parlimen meneliti keseluruhan kandungan laporan, selain mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung dapatan, syor dan tindakan susulan.

Terdahulu, kerajaan memutuskan laporan RCI TH akan didedahkan kepada umum, dengan dokumen setebal 211 halaman itu menjadi asas perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Scroll to Top