“Macam Suami Isteri Dah” – Fazley Yaakob Bantu Rawat DSV, Netizen Tanya Dah Nikah Ke?

“Macam Suami Isteri Dah” – Fazley Yaakob Bantu Rawat DSV, Netizen Tanya Dah Nikah Ke?

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan usahawan Datuk Seri Vida yang berdepan gangguan ketika menyertai sesi live Nightwalk.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dilihat membantu Vida dengan membacakan ayat suci Al-Quran sambil memegang kepalanya.

BACA: “Saya Lambat Balas WhatsApp 2 Saat, DSV Terus Call Tanya ‘Abe Kat Mana?’” – Fazley

Lebih menjadi perhatian, Vida dilihat memberi reaksi seakan mahu muntah ketika Fazley membacakan ayat Al-Quran. Sementara itu, Fazley turut memaklumkan Vida dalam keadaan baik namun sesi berkenaan terpaksa dihentikan lebih awal. 

“Alhamdulilah.. semua ok. Jangan risau, @datoserivida kesayangan korang semua dah pulih malam tu juga.

“Sesi Nightwalk bersama @realroslanshah terpaksa dihentikan awal pada malam kelmarin, kerana DSV rasa kurang selesa dan kehadiran “mereka” agak kuat pada saat itu. Namun dengan izin Allah dan ayat-ayat suci Al- Quran semuanya masih dalam kawalan,” tulisnya.

Dalam pada itu, diruangan komen ramai yang mempersoalkan status Fazley dan Vida apabila dilihat bersentuhan meskipun untuk membantu atau merawat.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa serta membuat spekulasi kedua-duanya sudah bernikah apatah lagi mengenai Vida seorang yang sangat menjaga batas.

“Macam Suami Isteri Dah” – Fazley Yaakob Bantu Rawat DSV, Netizen Tanya Dah Nikah Ke?


Scroll to Top