Seorang aktivis yang pernah bertanding sebagai calon bebas DUN Sri Tanjung di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kini berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan hantaran jelik terhadap institusi diraja.
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh Islah Wahyudi Zainudin bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Didakwa buat komunikasi jelik

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan akaun “randuk malaysia” di aplikasi Instagram untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik yang melampau sifatnya.
Perbuatan itu didakwa berlaku sekitar jam 3.20 petang pada 14 Januari lalu. Hantaran berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan institusi diraja.
Diikatjamin RM6,000
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika disabitkan kesalahan, Islah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh juga boleh dikenakan denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Islah memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kepada RM3,000.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 September ini.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
