Kuala Lumpur perlu terus berkembang sebagai bandar raya moden tanpa mengorbankan sejarah dan identitinya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata kerajaan, pemilik aset, komuniti dan rakan strategik perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan warisan di Kuala Lumpur terus hidup, mudah diakses dan kekal relevan kepada generasi akan datang.

“Kuala Lumpur perlu terus maju tanpa kehilangan sejarah dan identitinya. Sebab itu kerajaan, pemilik aset, komuniti dan rakan strategik perlu bergerak bersama untuk memastikan kawasan warisan kita terus hidup, mudah diakses dan relevan kepada generasi seterusnya.
“Kita bukan sekadar memelihara bangunan. Kita memelihara cerita Kuala Lumpur,”kata Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut.


