“Dah 7 Bulan Kami Tak Berjumpa” – Julia Farhana Bakal Fail Cerai

Akhirnya status rumah tangga pelakon Julia Farhana terjawab apabila dia memaklumkan bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

Memetik Oh Bulan, Julia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca kemelut rumah tangganya.

BACA: “Allah Tahu Niat Saya…” – Julia Farhana Tanggal Hijab 

“Saya rasa semua orang sudah tahu bahawa pada ketika ini saya sedang melalui sesuatu dalam rumah tangga saya. Saya tetap dengan pendirian saya untuk tak nak cerita apa-apa sebab ianya boleh membawa kepada masalah atau pertikaian,” katanya.

Sementara itu, Julia berkata dia dan suaminya sudah tidak berjumpa hampir tujuh bulan. Jelas Julia lagi, keputusan untuk berpisah adalah persetujuan bersama.

“Saya dah tujuh bulan kami tak berjumpa dengan dia selepas hampir setahun berpisah. Saya akan failkan cerai tapi ianya masih dalam proses sebab banyak dokumen perlu diselesaikan.

“Kami berpisah persetujuan bersama, jadi kami berdua okay saja. Kami masih profesional and saya rasa walaupun dah membawa haluan masing-masing, cuma sekarang tengah tunggu proses, itu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Julia berharap urusan perceraian tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin serta berharap suaminya memberi kerjasama yang baik.

“Status kami masih suami isteri, belum lagi sah lafaz cerai. Saya harap benda ini akan selesai secepat mungkin supaya tak timbul salah faham terhadap saya atau dia.

“Ini adalah keputusan muktamad dan saya harap dia akan bagi kerjasama yang baik jadi saya boleh teruskan dengan kehidupan saya,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top