Terhidu bau busuk dari kedai, abang terkejut jumpa mayat adik

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seorang abang tidak menyangka bau busuk dari sebuah kedai di Pekan Sungai Lalang, di sini, berpunca daripada mayat adik perempuannya.

Lelaki warga emas berusia 77 tahun itu yang juga pesara farmasi dikatakan ke kedai terbabit untuk bertemu adiknya yang berusia 69 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki terbabit tiba di kedai itu kira-kira jam 6 petang sebelum terhidu bau busuk dari dalam premis berkenaan.

“Dia kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Hanyan berkata, mayat wanita berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.

“Si mati dipercayai tinggal seorang diri di kedai berkenaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top