Sajad Didenda Jual Binkat Al-Quran Tak Ikut Kaedah | Oh! Islam – Oh! Media

Sajad Didenda Jual Binkat Al-Quran Tak Ikut Kaedah | Oh! Islam – Oh! Media

Oh! Islam

Bingkai ayat al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan ditetapkan membawa kepada denda RM3,000 terhadap seorang lelaki.

Bukan semua hiasan berunsurkan ayat suci boleh dijual begitu sahaja. Seorang lelaki berusia 63 tahun didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menjual bingkai ayat al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan ditetapkan.

Sajad Rahmat dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nurul Saqinah Rosli pada Jumaat. Jika gagal membayar denda, dia perlu menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

17 bingkai ditemukan di kedai Sajad

Kredit Foto Gambar hiasan janaan AI

Kesalahan itu melibatkan 17 bingkai ayat al-Quran yang berada dalam kawalan tertuduh bagi tujuan jualan. Kesemua bingkai berkenaan didapati tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh pihak lembaga bagi ayat al-Quran yang terkandung dalam bahan tersebut.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai pada 27 Mac 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (pindaan 2023) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14(2) akta sama.

Sajad mohon denda minimum

Abang Pukul Adik Dipenjara

Jika disabitkan kesalahan, hukuman yang diperuntukkan ialah denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ariff Hussein memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengikut budi bicara mahkamah.

Sementara itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ardelliza Izmaryanti Shafie memaklumkan Sajad merupakan seorang peniaga dengan pendapatan tidak menentu selain menanggung isteri serta tiga anak.

Mahkamah turut dimaklumkan tertuduh memohon hukuman denda minimum dan kes tersebut merupakan kesalahan pertamanya.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top