Pada 17 Ogos 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya empat daripada 500 orang anggota Kesatuan Sekerja Genting Highlands (KSGH) menerima rawatan dan mendapat cuti sakit setelah melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap serangan ke atas Setiausaha Agungnya, Ten Yee Phor.
Presidennya, Ibrahim Abu Bakar memaklumkan, “Mogok lapar yang masuk hari ketiganya berjalan terus dan anggota-anggota KSGH telah berjanji untuk memberhentikan mogok lapar hanya setelah menemui Encik Ten sendiri”.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Ogos 1982 – Penyanyi yang semakin dikenali, Osman Omar yang popular dengan album pertamanya berjudul ‘Peristiwa Di Senja Hari’, kini bakal melancarkan album keduanya tidak lama lagi.
- 17 Ogos 1983 – Profesor perkembangan kurikulum Universiti Malaya, Puan Sri Fatimah Hamid Don dilantik sebagai profesor terhormat kerusi Tun Abdul Razak dalam pengajian Asia Tenggara di Universiti Ohio, Athens, Amerika Syarikat.
- 17 Ogos 1984 – Sebuah surau di Kampung Rusila, Kuala Terengganu pernah mencetus kontroversi apabila menjadi punca perbalahan antara dua seteru politik iaitu, PAS dan UMNO.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]
