farahmarshita@bh.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak enam kawasan di Johor dan satu di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi, hari ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tujuh kawasan di Johor yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat adalah di Batu Pahat (153); Segamat (153); Kluang (150); Pasir Gudang (149); Larkin (148); Tangkak (142) dan satu di Samarahan (152).
Sebanyak 57 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Shah Alam (90); Kuala Terengganu (64),Alor Setar (57), Nilai (97), Cheras, Johan Setia dan Putrajaya masing-masing 88.
Di Sarawak, kualiti udara pagi ini juga merekodkan bacaan sederhana iaitu 94 di Kuching, Sri Aman (98) dan IPD Serian (99).
Sementara itu, tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik antaranya Sandakan (48), Langkawi (36) dan Kangar (34).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




