Kalau setiap kali buka Grab memang ada je benda nak order, apa kata kali ini cuba tukarkan transaksi harian korang kepada peluang untuk travel dalam Malaysia pula?
Sempena sambutan Merdeka, Grab memperkenalkan kempen yang menawarkan hadiah bernilai keseluruhan RM100,000 dalam bentuk kredit penerbangan. Terbang dalam Malaysia dengan kredit penerbangan bernilai RM5,000, siapa tak nak kan?
Lebih menarik, kredit tersebut boleh digunakan untuk terbang ke mana-mana destinasi dalam Malaysia.
Jadi, siapa tahu rutin order makanan atau beli barang dapur nanti boleh jadi tiket untuk korang explore tempat baharu?
Guna Kod MERDEKA, Mana Tahu Rezeki Jalan-Jalan
Kempen Grab Merdeka ini berlangsung dari 17 Ogos hingga 17 September 2026.
Cara penyertaan pun mudah. Pengguna yang layak hanya perlu menggunakan kod promo MERDEKA sebelum checkout dan pembayaran, kemudian melengkapkan transaksi GrabCar, pesanan penghantaran GrabFood atau pesanan penghantaran GrabMart yang layak. Setiap transaksi yang layak memberikan satu entri, manakala transaksi daripada jenama terpilih memberikan tiga entri keseluruhan. Pesanan pick-up GrabFood dan GrabMart tidak layak.
Setiap transaksi yang layak akan memberikan peluang untuk memenangi sebahagian daripada RM100,000 kredit penerbangan.
Maksudnya, sambil korang buat urusan harian seperti order makanan, beli barang atau bergerak menggunakan Grab, dalam masa yang sama ada peluang untuk dapat ganjaran yang boleh digunakan untuk travel dalam Malaysia.
Order Dari Jenama Terpilih, Dapat 3 Kali Ganda Peluang
Nak lagi menarik?
Grab turut menawarkan peluang mendapatkan jumlah penebusan sebanyak tiga kali ganda bagi transaksi terpilih.
Pesanan penghantaran GrabFood yang telah selesai daripada Oriental Kopi, ZUS COFFEE, Beautea, Tealive dan Marrybrown, serta pesanan penghantaran GrabMart daripada Jaya Grocer, layak mendapat 3 entri keseluruhan bagi setiap transaksi. .
Jadi, kalau memang jenama-jenama ini antara pilihan korang bila order makanan atau barang keperluan, bolehlah ambil peluang sepanjang tempoh kempen.
Datuk Chef Wan Jadi Duta Kempen
Lebih menarik, kempen Grab Merdeka kali ini turut menampilkan Datuk Chef Wan sebagai duta kempen.
Menerusi kempen ini, Datuk Chef Wan bersama Grab menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencuba yang terbaik daripada negara sendiri dan meneroka lebih banyak destinasi serta pengalaman yang ada di Malaysia.
Daripada makanan, tempat menarik hinggalah pengalaman baharu, mungkin inilah masa untuk mula merancang percutian dalam negara yang selama ini asyik tertangguh.
Banyak Lagi Tawaran Merdeka Dalam Grab

Bukan peluang menang kredit penerbangan sahaja yang ditawarkan tau.
Sepanjang kempen ini, pengguna juga boleh menikmati pelbagai tawaran Merdeka menerusi aplikasi Grab, termasuk promosi Dine Out, tawaran GrabMart serta diskaun daripada jenama rakan kongsi terpilih.
Jadi, memang boleh kata banyak benda menarik untuk diterokai dalam aplikasi Grab sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Jangan Lupa Guna Kod MERDEKA
Kempen Grab Merdeka berlangsung dari 17 Ogos hingga 17 September 2026.
Kalau korang memang pengguna Grab dan selalu menggunakan GrabFood, GrabMart atau Grab Transport, apa salahnya cuba gunakan kod MERDEKA untuk transaksi yang layak.
Mana tahu daripada sekadar order makanan, dapatkan barang dapur dihantar atau menaiki GrabCar , tiba-tiba dapat peluang terbang ke destinasi impian dalam Malaysia.
Dengan RM100,000 kredit penerbangan untuk dimenangi, mungkin percutian Merdeka korang tahun ini bakal jadi lebih menarik.
Semua hadiah, penebusan dan penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penuh kempen. Maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Grab DI SINI.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

