harisfadli@hmetro.com.my
Kajang: Polis memohon bantuan awam bagi mengesan saksi, Hedayah Abdul Majid, 48, berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, individu terbabit memiliki alamat terakhir di Blok E, Jalan Camar, Taman Perling, Johor Bahru.
“Mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan atau individu itu sendiri untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222, atau hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Iqbal Norman di 016-8021567.
© New Straits Times Press (M) Bhd
