“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir, Tun Hasmah” 

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir, Tun Hasmah” 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkata dia dan bakal isterinya, Bella Astillah tidak layak untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Hasmah.

Menerusi sidang media baru-baru ini, Saddiq menjawab apabila ada yang menyamakan kisah cintanya bersama Bella dengan pasangan tersebut.

BACA: Syed Saddiq, Bella Astillah Buat ‘Kenduri Rakyat’ Di Muar & Sabah, Jemput Orang Ramai

Menurut Saddiq, jauh sekali perbandingan tersebut apatah lagi pasangan itu mempunyai jasa yang besar kepada negara.

“Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarham dan juga Dr Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq berkata untuk disamakan dari segi cinta juga dia merasakan tidak layak apatah lagi usia perkahwinan pasangan itu menjangkau 70 tahun.

“Saya tahu mungkin ada yang kata, ‘Oh, tetapi bukan daripada sudut sumbangan kepada negara, mungkin daripada sudut cinta.’ Itu pun saya rasa kami tidak layak.

“Kerana kami ini baru hendak berkahwin, hendak menghalalkan hubungan. Mereka ini sudah 70 tahun meraikan cinta dan kebijaksanaan bersama. Kami belum sampai pun 25 tahun, baru hendak membuka bab atau buku yang pertama.

“Kalau kita ibaratkan seperti sebuah buku, kami baru hendak menulis muka surat pertama. Mereka bukan sekadar menulis muka surat pertama, mungkin mereka sudah mempunyai perpustakaan sendiri yang boleh berkongsikan kisah cinta mereka. Bukan satu buku, tetapi sudah beribu-ribu buku,” katanya.


Scroll to Top