Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi di media sosial selepas bercerai dengan pelakon Yusuf Baharin.
Memetik mStar Online, Zizi berkata ada yang menghantar mesej pelik serta ada wanita mengajaknya menjadi madu.
BACA: Zizi Kirana Kekal Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa Mentua
“Buat masa ini saya tak ada mengenali hati budi mana-mana lelaki. Saya rasa seperti dah kembali ke zaman dulu, terima mesej aneh-aneh di media sosial.
“Ada yang cuba nak berkelanan, ada yang hantar gambar tak senonoh ada juga yang saya dapat DM yang kata suaminya nak dengan saya. Saya nampak pelik kenapa ni saya abaikan saja sebab biasalah dari dulu lagi memang pernah dapat mesej bukan-bukan,” katanya.
Sementara itu, Zizi menegaskan dia tidak pernah terlintas dalam fikirannya menjadi isteri kedua atau bermadu kerana fokusnya kini hanya pada kerjaya.
“Saya tak mahu, mana boleh. Dalam kepada saya memang tak fikir pasal cari jodoh sebab nak kembali fokus untuk berkarya.
“Saya tak boleh nak kata dah tutup pintu hati sebab kerana hati ini Allah yang pegang. Setiap hari saya berdoa Ya Allah Engkaulah yang memegang hari ini, Engkau saja yang tahu apa yang terbaik,” katanya.
Sumber: mStar Online

