Amaran ribut petir di tiga negeri

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kelantan, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.45 petang memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas di Kelantan ialah Jeli dan Gua Musang.

Di Sarawak pula, kawasan yang diramalkan berlaku merangkumi Sibu, Sarikei, Bintulu (Tatau), Mukah (Tanjung Manis) serta Kapit (Belaga).

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan dikeluarkan bagi Sandakan (Labuk dan Sugut serta Paitan), Pedalaman (Sook dan Keningau) serta Tawau (Lahad Datu). – Bernama

 

 

 

 

 

Scroll to Top