PAS tunggu jawapan Zahid, pimpinan UMNO hadir Muktamar ke-72

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: PAS memaklumkan sudah menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu untuk menghadiri Muktamar PAS ke-72 di Kelantan, bulan depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jemputan dibuat Rabu lalu dan setakat ini pihaknya belum mendapat maklum balas daripada parti berkenaan.

“Kita masih menunggu dan kita menjemput Presiden UMNO sendiri serta tiga pimpinan parti itu. Terpulang kepada mereka mahu hadir atau sebaliknya.

“Surat jemputan dibuat tiga hari lalu dan kita masih mempunyai tempoh 10 hari sebelum berlangsungnya Muktamar PAS di Kelantan. Saya akan berhubung dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Isu Semasa dan RUU Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di sini, hari ini.

Muktamar PAS ke-72 akan berlangsung di Kelantan pada 4 September lalu dan majlis perasmian akan dibuat oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top