Vitor janji pastikan benteng Star City kebal

sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Tonggak pertahanan Star City FC (SCFC) Rafael Vitor bertekad memastikan benteng skuadnya kebal pada aksi Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah malam esok.

Vitor berkata cabaran besar buat skuad The Northern Stars ini adalah bagi mengekang ancaman berkata cabaran besar buat skuad The Northern Stars ini adalah bagi mengekang ancaman serangan daripada pemain Sabah FC seperti Park Jung Bin, Gonzalo Di Renzo, Oskari Kekkonen dan lain-lain.

“Ini satu perlawanan yang dijangka sukar buat kami di tempat lawan nanti, namun kami sudah melakukan persiapan terbaik dengan sasaran untuk mendapatkan mata dan memburu kemenangan pada aksi pertama musim ini.

“Kami tidak memiliki skuad yang lengkap pada aksi ini disebabkan ada beberapa pemain utama mengalami kecederaan, tetapi dengan persediaan yang dijalani, saya yakin kami akan hadir dengan tekad dan semangat yang tinggi untuk mencapai keputusan yang baik.

“Bagi seorang pemain pertahanan, apa yang penting adalah memastikan gawang kami tidak dibolosi dan kami tahu walaupun Sabah FC memilki pemain yang bagus dalam serangan, tetapi pada masa yang sama kami juga memilki kemampuan dalam mempertahankan kubu pertahanan dari mengelak dibolosi,” katanya semalam.

Vitor juga berkata beliau mahu menggunakan pengalaman terbaiknya selama lima musim dalam Liga Malaysia (Liga M) disamping bergandingan dengan pemain baharu di barisan pertahanan skuadnya seperti Rizal Ghazali, Akmal Md Zahir, Harith Samsuri, Muhammad Anwar Ibrahim, Loqman Hakim dan lain-lain.

“Saya akan tingkatkan lagi corak pertahanan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang saya lakui dalam Liga M sebelum ini dan pastinya kami akan melangkah dengan semangat yang tinggi demi memburu kemenangan untuk aksi pertama kami dalam Liga Super ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top