am@hmetro.com.my
Kulai: Polis menahan lapan suspek dipercayai terbabit dalam video tular dua penunggang motosikal dipercayai bersaing sesama sendiri dan sekumpulan individu menahan pengguna lebuh raya bagi membolehkan perlumbaan dilakukan di Lebuhraya Linkedua di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Kamaluddin Othman, berkata kesemua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kulai di sini esok bagi mendapatkan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA) untuk tindakan selanjutnya. Perkembangan kes akan dimaklumkan,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, video kejadian tular menerusi satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa sekumpulan individu menahan pengguna lebuh raya bagi membolehkan perlumbaan diadakan di situ.
Harian Metro melaporkan tular video menunjukkan perbuatan sekumpulan lelaki yang sengaja menahan kenderaan dan menghalang laluan semata-mata bagi memberi ruang kepada ‘lumba haram’.
Menerusi video itu, dua motosikal didapati dipandu penunggang dengan melakukan aksi Superman berserta sorakan.
© New Straits Times Press (M) Bhd



