”Anak-Anak Tak Sekolah Dah Hampir 5 Bulan” – Syida Melvin Dedah Kemelut Selepas Bercerai | Trending – Oh! Media

”Anak-Anak Tak Sekolah Dah Hampir 5 Bulan” – Syida Melvin Dedah Kemelut Selepas Bercerai | Trending – Oh! Media

Trending

Syida Melvin dedah kemelut dengan bekas suami, termasuk dakwaan enggan keluar rumah dan anak-anak hampir lima bulan tidak bersekolah.

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin sekali lagi berkongsi secara terbuka mengenai kemelut yang dipercayai berlaku antara dirinya dan bekas suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen.

Menurut laporan mStar, Syida mendakwa dia terpaksa berdepan dengan individu yang disifatkannya sebagai bersikap narsisistik dan manipulatif.

Rupanya dah dicanang sampai ke balai polis yang kita aniaya dia selama ini. Jadi, orang nampak kita ini yang jahat.

Dasar narsisistik si manipulatif. Sikit-sikit mahu libatkan polis dalam semua hal.

Dakwa bekas suami masih enggan keluar rumah

Ohmedia syida melvin sah bercerai

Dalam hantaran sama, Syida mendakwa bekas suaminya masih enggan keluar dari rumah kelamin mereka meskipun kedua-duanya sudah sah bercerai.

Menurutnya, dia sendiri meninggalkan rumah berkenaan kerana mengalami tekanan dan tidak mahu terus berada dalam keadaan tersebut.

Saya keluar dari rumah itu sebab tekanan mental duduk situ lama-lama. Sejak fail cerai, saya keluar sebab dia tak nak keluar.

Bila dah cerai, saya minta dia keluar pada 30 Ogos ini. Beri ruang saya dan anak-anak duduk di situ sementara semua tuntutan selesai. Dia tetap tak nak keluar dan tak habis-habis suruh saya dapatkan perintah mahkamah.

Syida turut mendakwa dia terpaksa menjelaskan bayaran tunggakan rumah meskipun tidak lagi menetap di kediaman tersebut.

Dia duduk seorang di rumah itu sepanjang kes cerai berjalan, sengaja tak bayar sebab nak susahkan saya. Tiga bulan tertunggak, akhirnya saya yang bayar RM20,000 lebih semata-mata untuk dia duduk seorang.

“Anak-anak tak sekolah dah hampir lima bulan” – Syida Melvin

Syida Melvin 2

Lebih membimbangkan, Syida mendakwa kemelut tersebut turut memberi kesan kepada pendidikan anak-anak mereka.

Katanya, anak-anak terpaksa berpindah-randah sehingga tidak bersekolah hampir lima bulan.

Anak-anak tak sekolah dah hampir lima bulan sebab kena merempat merata-rata, langsung dia tak fikir.

Nota Oh! Media:
Kemelut rumah tangga, lebih-lebih lagi selepas perceraian, bukan perkara mudah untuk dilalui. Apa pun yang berlaku, utamakan kebajikan dan masa depan anak-anak serta selesaikan segala urusan melalui saluran yang betul.

Sumber: mStar
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top