Siri HONOR Pad 20 bakal ganti komputer riba

Tanggapan bahawa tablet sekadar alat untuk menonton drama kini sudah berubah.

Di Malaysia, peranti skrin sentuh ini sedang mengalami evolusi drastik daripada alat hiburan santai kepada ‘stesen kerja’ mobiliti tinggi yang memacu produktiviti harian.

Trend ini semakin ketara berikutan kenaikan harga komponen storan yang menyebabkan harga komputer riba melambung tinggi.

Situasi itu memaksa ramai pelajar universiti dan pekerja muda beralih kepada tablet yang disifatkan lebih praktikal dan berbaloi.

1 daripada 3 tablet Android daripada HONOR

Mengikut data terbaharu, HONOR terus mendominasi pasaran tablet Android di Malaysia dengan pegangan syer sebanyak 32 peratus.

Ini bermakna, satu daripada tiga tablet Android di pasaran tempatan merupakan keluaran HONOR.

Lebih menarik, rekod cemerlang sebagai peneraju pasaran ini berjaya dipertahankan secara berterusan selama 27 bulan sejak suku kedua 2024 sehingga suku kedua 2026.

Kejayaan tersebut didorong oleh permintaan tinggi bagi pelbagai julat harga terutamanya model mercu HONOR MagicPad 4.

Tablet dwi-sistem operasi PC AI berkenaan mencatatkan jualan dua kali ganda berbanding generasi sebelum ini.

Runtuhkan batasan ekosistem peranti

Bukan sekadar spesifikasi berkuasa dan bateri tahan lama, HONOR turut membuat taruhan berani dengan memecahkan tembok ekosistem peranti.

Jika sebelum ini ketersambungan lancar hanya terhad sesama produk jenama yang sama, peranti HONOR kini boleh disambung secara mudah ke Mac dan iPhone.

Langkah ini memberi kebebasan penuh buat pengguna tanpa perlu terikat pada satu-satu ekosistem sahaja.

Siri HONOR Pad 20 sedia ganti komputer riba

HONOR memperluas portfolio tablet Android terlarisnya di pasaran tempatan menerusi pelancaran siri HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro pada harga bermula RM1,999.

Langkah ini sejajar dengan peranan tablet yang semakin kritikal dalam ekosistem pembelajaran terutamanya bagi mengikuti kelas dalam talian, mencatat nota dan menyiapkan tugasan.

Bagi menyokong keperluan golongan pelajar, HONOR turut menawarkan diskaun pendidikan eksklusif sebanyak 15 peratus bagi menjadikan peranti terbaharu ini lebih mampu milik.

Direka untuk memaksimumkan produktiviti, kreativiti dan hiburan, siri HONOR Pad 20 menggabungkan paparan 3K teraju industri, bateri berkapasiti besar 10,100mAh, ciri produktiviti bertaraf komputer peribadi dikuasakan kecerdasan buatan (AI), serta prestasi lancar bagi tugasan harian.

Satu lagi tarikan utama generasi baharu ini ialah kemunculan sulung model HONOR Pad 20 Pro di Malaysia. 

Model Pro ini menampilkan Paperlike Display (Paparan Seakan Kertas) dengan kemasan matte anti-silau. 

Teknologi ini memberikan pengalaman membaca dan menulis yang lebih semula jadi seperti menulis menggunakan pen di atas kertas.

Sama ada untuk pelajar, penuntut universiti mahupun profesional muda, siri HONOR Pad 20 menawarkan penyelesaian tablet yang serba boleh, imersif dan bersedia menggantikan peranan komputer riba konvensional.

Ingin mengetahui sejauh mana siri HONOR Pad 20 mampu memudahkan urusan harian anda? Ikuti saluran rasmi HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top