Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dinamakan sempena pengasas dan pencetus idea penubuhan MRSM, Allahyarham Abdul Wahab Alwi.
Akan cadangkan kepada menteri KKDW
Menurut beliau menerusi hantaran di Facebook, cadangan itu wajar dipertimbangkan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa besar Allahyarham yang telah memberi sumbangan kepada lebih 300,000 bekas pelajar MRSM.
“Saya akan mencadangkan kepada YAB Menteri KKDW agar menamakan salah sebuah MRSM atas nama pengasas dan pencetus idea MRSM Almarhum Abdul Wahab Alwi yang terlalu banyak jasanya kepada lebih 300 ribu bekas pelajar MRSM.”

Satu bentuk penghormatan
Asyraf Wajdi menyatakan, penamaan tersebut dapat menjadi satu bentuk penghormatan terhadap tokoh yang memainkan peranan penting dalam mencetuskan idea penubuhan MRSM.
Cadangan itu juga dilihat mampu mengenang jasa Allahyarham Abdul Wahab Alwi yang sumbangannya terus dirasai oleh generasi pelajar MRSM hingga ke hari ini.

Semalam, Pengasas Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Abdul Wahab Alwi, yang dikenali sebagai “Bapa MRSM” dikhabarkan meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Allahyarham meninggalkan legasi besar dalam pembangunan pendidikan negara, khususnya menerusi penubuhan MRSM yang terus menjadi antara institusi pendidikan penting dalam melahirkan generasi berkemahiran dan berdaya saing.
Sumber: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki

