Oh! Arena
Skuad kriket kebangsaan mahu jadikan pengalaman Hangzhou sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh di Aichi-Nagoya 2026.
Beza dua larian sahaja pernah memisahkan Malaysia dengan peluang meneruskan cabaran di Sukan Asia Hangzhou 2022. Kekalahan tipis kepada Bangladesh di suku akhir itu pastinya masih menjadi antara pengalaman paling dekat untuk dijadikan pengajaran.
Kini menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, skuad kriket kebangsaan sekali lagi membawa harapan untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian tersebut, malah cuba melangkah lebih jauh.
Pengalaman Sukan Asia Hangzhou jadi bekalan

Timbalan Chef de Mission Malaysia, Saidatul Afifah melihat pengalaman lalu itu sebagai antara sandaran penting buat pasukan negara.
Skuad kebangsaan kini berada dalam fasa akhir persiapan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan dan kejohanan menjadi medan untuk menguji tahap kesiapsiagaan sebelum turun beraksi di Jepun.
Walaupun perjalanan Malaysia di Hangzhou berakhir di suku akhir, kemampuan memberi tentangan sehingga hanya tewas dua larian kepada Bangladesh menunjukkan skuad negara mampu bersaing dengan pasukan kuat Asia.
Mahu tiba dengan prestasi terbaik

Saidatul Afifah turut memberi jaminan pihak pengurusan kontinjen Malaysia akan memberikan sokongan yang diperlukan bagi membantu skuad kriket mencapai sasaran ditetapkan.
Tempoh terakhir sebelum temasya bermula kini menjadi peluang penting buat barisan pemain memperkemaskan permainan dan membina keyakinan agar dapat tiba di Aichi-Nagoya dalam keadaan terbaik.
Dengan pengalaman Hangzhou sudah ada dalam simpanan, cabaran seterusnya adalah untuk membuktikan Malaysia bukan sekadar mampu mengulangi pencapaian lalu, tetapi mungkin mencipta kejutan lebih besar kali ini.
Team MAS Perlukan Sokongan Kita Semua!
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
