“Mama Belajar Sampai SPM Saja, Tapi Didik Kami Jadi Manusia”

“Mama Belajar Sampai SPM Saja, Tapi Didik Kami Jadi Manusia”

Anak kepada pelakon dan pengacara, Raja Azura iaitu Puteri Mia Maizura tampil pertahankan ibunya yang dikecam susulan cara mengendalikan satu program.

Menerusi satu hantaran di Threads, Mia tampil bersuara apabila ada individu didakwa merendahkan tahap pendidikan ibunya.

BACA: Raja Azura Minta Bekas Suami Jumpa Anak, Jalankan Tanggungjawab

“Mama Belajar Sampai SPM Saja, Tapi Didik Kami Jadi Manusia”

Menurut Mia, meskipun ibunya hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun berjaya mendidik mereka serta mendapat pendidikan tinggi.

“Saya faham mama berpendidikan sampai SPM sahaja tapi mama saya berjaya didik saya dan abang- abang saya menjadi manusia yang berpendidikan tinggi. Tanpa dia saya tidak akan berada di sini,” tulisnya.

Sementara itu, Mia turut berkata tidak salah untuk memberikan teguran namun tidak wajar untuk merendahkan ibunya seperti sedemikian.

“Cukup sekadar teguran. saya dan mama saya boleh terima. tapi jangan downgrade mama saya macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Mia turut memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dengan cara ibunya mengacara. Mia berkata lagi, ibunya sedia maklum dengan kecaman diterima dan akan perbaiki cara pengacaraan di masa akan datang. 


Scroll to Top