Penyanyi Hafiz Hamidun berkata dia lebih selesa dikenali sebagai anak seni dan tidak mahu dipanggil dengan gelaran yang berat.
Memetik Harian Metro, Hafiz berkata dia berpendapat gelaran tersebut datang bersama tanggungjawab yang sangat berat.
BACA: Hafiz Hamidun Tak Fobia Untuk Kahwin Lagi
“Saya secara jujurnya tidak mahu orang panggil saya gelaran-gelaran yang berat. Contohnya ustaz. Saya bukan ustaz, saya bukan pendakwah, Da’i mahupun Imam Muda.
“Sebab saya tahu benda ni ia datang dengan bebanan yang sangat berat. Saya kena pastikan apa yang saya buat ini tidak menyebabkan agama kita itu dipandang tidak elok,” katanya.
Sementara itu, Hafiz mendedahkan dia pernah dikecam serta menerima teguran dari golongan berusia yang mempertikaikan imejnya yang tidak memakai kopiah sedangkan membawakan lagu berunsur ketuhanan
“Imej ini pun sebenarnya saya tidak mahu pun pakai macam itu. Tetapi nanti ada pula makcik-makcik kata kenapa pula tidak pakai kopiah? Bila nasyid kena pakai kopiah. Tetapi bagi saya, tidak perlulah.
“Tidak semestinya nasyid perlu pakai kopiah, boleh sahaja (kalau tidak pakai). Saya cuba nak keluarkan dari stereotaip itulah. Mungkin ada lain sedikit pilihan mereka. Saya ada gaya saya sendiri dan saya cuba faham,” katanya.
Sumber: Harian Metro


