Penyanyi Azeva berkata dia tidak menghalang seandai ibunya, Datuk A Aida mahu mendirikan rumah tangga asalkan lelaki tersebut mampu menjaga ibunya.
Memetik HibGlam, Azeva mengulas mengenai dakwaan ibunya sudah bernikah kali keempat selepas tular cek hantaran berjumlah RM10 juta.
BACA: A. Aida Tak Layan Suami Orang, Tak Nak Sakitkan Hati Wanita Lain
Menurut Azeva lagi, dia sendiri yang akan ‘mengkaji’ calon suami ibunya kerana bimbang akhirnya lelaki tersebut hanya mahu mengambil kesempatan.
“Bagi saya kalau ada hantaran RM10 juta untuk mama, saya okey sahaja, cuma kena tanya dia sendiri untuk mengesahkan mengenai spekulasi yang diperkatakan baru-baru ini.
“Tapi jika minta pendapat berkenaan calon (suami) mama, saya kena kaji dulu lelaki itu. Asalkan dia mampu jaga mama, tak menyusahkan dan tak jadi biawak hidup, saya okey.
“Jangan tiba-tiba nak kahwin, kemudian lelaki itu tak mahu bekerja dan hanya nak bergantung kepada mama. Memang tak lah,” katanya.
Dalam pada itu, Azeva berkata sebelum ini ada beberapa lelaki didakwa cuba mendekati ibunya kerana mahu menumpang kesenangan.
“Banyak kali lelaki dekati mama macam itu. Dia nak stabilkan ekonomi. Sebab itu saya kena tegas sedikit dengan mama,” katanya.
Sumebr: HibGlam

