Saravanan tiba di mahkamah, berdepan pertuduhan di bawah akta SPRM

Saravanan tiba di mahkamah, berdepan pertuduhan di bawah akta SPRM

Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta.

Saravanan tiba di mahkamah, berdepan pertuduhan di bawah akta SPRM

Foto: Astro Awani

Saravanan, 58, tiba pada 8.26 pagi dengan ditemani pegawainya dan dijangka berdepan pertuduhan berkaitan kuota pengambilan pekerja asing.

Pertuduhan itu dipercayai dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 yang meliputi perbuatan meminta, menerima, memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Seawal 7.45 pagi, pengamal media serta penyokong ahli politik berkenaan sudah berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes terbabit.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes Saravanan dijadual disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, pada jam 9 pagi.

Sebelum ini, Saravanan mengesahkan bahawa beliau akan didakwa dan menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan diri daripada pertuduhan berkenaan.

Artikel lain: Dikaitkan pengambilan pekerja asing? Saravanan nafi salah laku, kesal tuduhan tak berasas SPRM!

Penyokong Ahli Parlimen Tapah itu turut hadir seawal pagi dengan mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda solidariti.

Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran, juga dilihat berada di kompleks mahkamah pagi ini.

Sumber: Bernama

Scroll to Top